Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Siasat dakwaan Wan Ji dipukul dalam penjara

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dakwaan pendakwah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin di pukul ketika ditahan di Penjara Kajang.

“Saya percaya Wan Ji punya wibawa untuk tidak mengada-adakan fakta.

“Jadi wajar pihak yang berwajib (menyiasat dakwaan itu), dalam hal ini Penjara Kajang harus siasat dan saya percaya menteri dalam negeri akan ambil tindakan supaya siasatan itu dibuat,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Anwar berkata demikian mengulas dakwaan Wan Ji dipukul dalam tahanan.

Wan Ji pada Ahad mendakwa beliau dipukul oleh seorang warden penjara ketika ditahan di Penjara Kajang.

Menceritakan pengalamannya sehari selepas dibebaskan pada 12 Julai lalu, Wanji berkata warden berkenaan memintanya menanggalkan cermin mata sebelum menumbuknya sebanyak tiga kali selepas beliau memperkenalkan diri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS