Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Jangan guna gelar permaisuri tanpa pengumuman rasmi'
Diterbitkan:  Jul 16, 2019 10:19 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Istana Kelantan hari ini mengeluarkan kenyataan memberi peringatan mengenai penggunaan gelaran diraja bagi negeri itu.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.

"Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid adalah digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis," maklum Pengelola Istana Diraja Kelantan, Nik Mohd Shafriman Nik Hassan.

Beliau menegaskan hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

Beliau menegaskan hanya pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

“Hanya pengumuman rasmi dari Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

“Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod ini merupakan kenyataan pertama dari Istana Kelantan selepas lapan bulan berkaitan khabar angin melibatkan Sultan Muhammad V.

Sebelum ini portal Daily Mail melaporkan Sultan Muhammad V melangsungkan perkahwinan dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko, 26 pada pada November 2018.

Bagaimanapun semalam sebuah portal tempatan melaporkan dakwaan Rihana Oksana sah diceraikan talak tiga oleh Sultan Muhammad V.

Menurut laporan itu, sijil perceraian dipercayai didaftarkan pada 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.

Namun sejak akhir-akhir ini, Rihana Oksana kerap dilihat membuat hantaran di Intagram berkaitan kisah hidupnya dengan Sultan Muhammad V.

Dengan menggunakan nama ‘rihanapetra’ bekas Ratu Cantik Moscow itu turut berkongsi berkongsi kelahiran sulungnya iaitu Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang disifatkannya sebagai ‘bakal raja Kelantan’.

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengikut yang dihormati. Saya ingin memberitahu sedikit sebanyak mengenai diri saya. Nama saya Oksana dan saya dilahirkan pada 10hb Julai 1992 di Astrakhan, Rusia. Hari ini adalah hari jadi saya yang ke 27. Saya membesar dan juga bersekolah di Taganrog, daerah Rostov-on-Don. Semasa remaja, saya pergi ke ‘Summer School’ di Oxford untuk belajar Bahasa Inggeris. Pada 2009, saya berpindah ke Moscow dan menjadi pelajar di ‘Plekhanov Russian University of Economics’. Saya mendapat ijazah sarjana muda ekonomi pada tahun 2013. Pada tahun 2015, saya memenangi pertandingan ratu kecantikan ‘Miss Moscow’. Tidak lama kemudian, saya menceburi bidang industri fesyen. Saya mencipta jenama pakaian renang saya sendiri. Pada masa yang sama, saya belajar di ‘Moscow School of Radio and Television’. Pada tahun 2016, saya telah dianuggerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan. Saya seorang pakar dalam pemasaran antarabangsa. Pada tahun yang sama, saya membuka salon kecantikan di Moscow. Pada tahun 2017, saya berpindah ke Kuala Lumpur. Saya berkahwin pada bulan Jun 2018 dan pada bulan Mei 2019, saya melahirkan anak saya Ismail Leon- Tengku Mahkota Kelantan, dan insyallah bakal Raja Kelantan. Dear followers...I want to tell you a little bit about myself. My name is Oksana. I was born on 10th July 1992 in Astrakhan, Russia. Today is my birthday, I’m 27 years old. I spent my childhood and graduated from school in Taganrog, Rostov-on-Don region. As a teen I went to Oxford summer school to study English. In 2009, I moved to Moscow and became a student at Plekhanov Russian University of Economics. I graduated with a Bachelor's degree in economics in 2013. In 2015, I won the beauty contest "Miss Moscow". Then i created my own swimwear and beach fashion brand. At the same time, i studied at Moscow school of radio and television.

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS