Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Alliance Bank kata tak bersalah sekat kesatuan sekerja

Alliance Bank Malaysia Bhd menjelaskan Mahkamah Persekutuan, dalam penghakiman lisannya, tidak memutuskan bahawa bank itu bersalah menyekat kesatuan sekerja atau ia telah melanggar mana-mana undang-undang.

“Mahkamah Persekutuan sekadar mengesahkan keputusan dibuat Menteri Sumber Manusia bahawa pekerja yang terlibat tidak menjalankan tugas dalam kapasiti sebagai eksekutif, pengurusan, rahsia dan keselamatan, dan bahawa Menteri tidak diwajibkan untuk menyediakan laporan dan penyiasatan bagi asas keputusan yang dibuatnya,” kata Alliance Bank sebagai respons kepada beberapa artikel diterbitkan dalam talian dan cetakan pada hujung minggu berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan bank itu.

Bank itu berkata langkah kenaikan pangkat dilaksanakan pada 2012 merupakan usaha murni pihak bank untuk meningkatkan prospek kerjaya dan kemajuan pekerja yang layak dan untuk memenuhi keperluan perniagaan.

Dalam keadaan itu, pekerja terlibat tidak dinafikan perwakilan kesatuan sekerja dan diwakili oleh badan kesatuan sekerja yang lain, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS