Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Harapan Dr Mahathir di hari lahir
Diterbitkan:  Jul 10, 2019 11:42 AM
Dikemaskini: 4:10 AM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya menyimpan satu harapan sempena ulang tahun kelahirannya ke-94 hari ini.

“Harapan hari lahir saya mudah saja, saya mahu selesaikan kerja saya agar dapat meletakkan Malaysia di jalan yang betul untuk pemulihan.

“Ia adalah satu penghormatan dan kebanggaan buat saya apabila dapat berkhidmat untuk negara ini,” kata Mahathir di laman sosialnya.

Ucapan yang dikongsinya di Instagram itu setakat ini mengumpul lebih 48,000 likes, manakala di Facebook pula mendapat lebih 27,000 reaksi.

Dalam ucapan sama, Mahathir turut mengucapkan terima kasih atas semua ucapan hari lahir yang diberikan oleh pengikutnya di laman sosial.

Pada masa ini, di seluruh dunia, hanya ada tiga orang berumur lebih 90 tahun yang berkhidmat sebagai ketua pentadbiran negara. Antara ketiga-tiga mereka, Mahathir adalah yang paling tua.

Isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-93 pada Jumaat ini.

Masih 93 tahunlah, gurau Dr M

Sementara itu, ketika sidang di lobi Parlimen hari ini Mahathir sempat bergurau bahawa usianya masih 93 tahun.

"Saya punya (hari lahir) 20 Disember, 93 tahun. 

Terima kasih banyak-banyak kerana mengucapkan hari jadi saya," katanya kepada pemberita.

Pada masa sama, perdana menteri keempat dan ketujuh itu turut didendangkan nyanyian Selamat Hari Lahir selepas sidang media tersebut.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS