Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Kenyataan PM tak pengaruh siasatan kes video lucah

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa polis tidak akan dipengaruhi dalam siasatan klip video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Presiden Bersatu itu berkata demikian ketika ditanya sama ada polis akan melakukan siasatan yang adil selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan klip video itu sebagai palsu dan mempertahankan Azmin dalam tuduhan itu.

"Saya fikir itu adalah pandangan perdana menteri terhadap keseluruhan keadaan," kata Muhyiddin ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

"Saya memberi jaminan mereka (polis) akan bebas (dalam siasatan) kerana integriti kerajaan juga penting," katanya.

Azmin sebelum ini menyifatkan klip video seks sejenis itu, yang memaparkan seorang lelaki menyerupainya sebagai sebahagian daripada kempen jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya.

Selepas video itu dibocorkan, bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa bahawa dia adalah orang dalam klip itu dan insiden itu dirakamkan tanpa pengetahuannya di bilik hotel Azmin di Sandakan, Sabah.

Sementara itu, Muhyiddin juga mengenepikan dakwaan yang mengatakan polis lambat bertindak untuk menyiasat kes itu.

"Saya harap ia tak akan ambil masa yang lama, kecuali mereka (polis) perlukan lebih banyak masa untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dan mengesan mereka.

"Tidak sewajarnya ambil masa bertahun untuk siasat, tapi (dalam kes ini polis hanya) ambil masa berminggu, jadi saya rasa ia wajar," katanya.

Tambah Muhyiddin, kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tommy Thomas untuk tindakan selanjutnya.

[Baca berita asal]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS