Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hanya mereka yang korup takut isytihar harta, kata Lim
Diterbitkan:  Jul 9, 2019 10:03 AM
Dikemaskini: 2:06 AM

Hanya mereka yang korup atau mahu melindungi perasuah takut kepada pengisytiharan harta, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau merujuk kenyataan PAS Presiden Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang mendakwa pengisytiharan harta merupakan idea komunis atau sosialis serta "dibayangi oleh pengaruh DAP".

Lim berkata pengisytiharan harta bukan merupakan idea komunis atau sosialis, malah tidak diamalkan di kebanyakan negara berkenaan.

"Hanya yang korup atau mereka yang melindungi rasuah takut kepada pengisytiharan harta," kata Lim dalam satu kenyataan.

Beliau mendakwa pendirian PAS menentang pengisytiharan harta jelas bertujuan melindungi pemimpin pembangkang yang terbabit dalam rasuah, terutamanya skandal 1MDB.

"Dengan berbuat demikian, PAS telah kehilangan teras moral dan etika dan tidak ada lagi sebab untuk menyokong parti yang telah menunjukkan ketidakcekapan besar dalam menguruskan ekonomi dan mentadbir negara.

"Ini dibuktikan oleh PAS apabila menjadikan Kelantan negeri gagal yang bankrap dari segi kewangan, apabila kerajaan negeri Kelantan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam," tambah beliau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS