Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Badan Peguam tak bertolak ansur dengan gangguan seksual
Diterbitkan:  Jun 29, 2019 12:09 AM
Dikemaskini: 4:09 PM

Presiden Badan Peguam Malaysia, Abdul Fareed Abdul Gafoor memberi jaminan bahawa badan itu tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kesalahan membabitkan gangguan seksual.

Ini susulan laporan bahawa polis  menahan seorang peguam atas tuduhan meraba punggung seorang peguam wanita baru-baru ini. 

Selain itu beliau juga memberikan respon terhadap tinjauan pada 2014 yang mendakwa seorang daripada tiga peguam di Kuala Lumpur dan Selangor menghadapi gangguan seksual. 

"Ia di bawah siasatan polis sekarang. Biar polis selesaikan siasatan mereka. Sudah tentu Badan Peguam tidak akan membenarkan sebarang bentuk gangguan seksual yang melibatkan sesiapa sahaja," kata Abdul Fareed kepada Malaysiakini.

Terdahulu, seorang peguam membuat laporan polis pada Ahad lalu dengan mendakwa dia dicabul ketika malam Parti Tahunan Peguam Jenayah (Clap).

Peguam itu membuat dakwaan yang sama di media sosial.

Pengadu mendakwa lelaki itu merabanya walaupun diberitahu agar tidak berbuat demikian - sebelum suspek mengeluarkan ancaman.

Penganjur parti berkenaan dalam kenyatannya antara lain mengatakan pengadu telah mengedarkan salinan laporan polis dengan niat untuk menamakan suspek.

"Walaupun kita tidak tahu siapa yang menghantarnya, sebagai peguam jenayah kita sedar bahawa hanya pengadu mempunyai hak terhadap salinan laporan beliau.

"Ini jelas telah dilakukan supaya identiti suspek didedahkan kepada orang ramai," kata penganjur Clap, N Sivananthan dalam satu kenyataan.

Sebagai respons, Presiden Persatuan Peguam Wanita (AWL) Sheena Gurbakhash, dalam surat kepada Malaysiakini, berkata kenyataan akhbar penganjur parti itu memfokuskan kepada imej suspek yang terjejas tetapi bukan mangsa.

Terdahulu, Sheena memberitahu Malaysiakini bahawa kajiselidik pada 2014 di kalangan peguam di Kuala Lumpur dan Selangor mendapati satu daripada tiga responden mendakwa pernah mengalami gangguan seksual. 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS