Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes Zahid - terpulang k’jaan untuk semak semula kontrak Ultra Kirana, kata SPRM
Diterbitkan:  Jun 26, 2019 11:42 AM
Dikemaskini: 8:40 AM

Terserah kepada kerajaan sama ada untuk menyemak semula kontrak Ultra Kirana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang didakwa memberi rasuah lebih $SGD4.2 juta kepada bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata keutamaan sekarang adalah kes rasuah ke atas Zahid yang juga adalah bekas menteri dalam negeri dibuktikan dengan 33 lagi pertuduhan terhadapnya yang bakal dibacakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

"Terpulang kepada kerajaan. Apa yang penting sekarang ialah membuktikan bahawa ini (dakwaan rasuah terhadap Zahid) berlaku dan membawa tertuduh (Zahid) ke mahkamah," katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas Zahid didakwa dengan tujuh lagi pertuduhan rasuah.

Presiden Umno, yang sedang bercuti itu memohon dibicarakan atas tuduhan menerima rasuah dari Ultra Kirana sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak Syarikat Ultra Kirana sebagai sebuah syarikat pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lalu.

"Ini merupakan siri pertama dalam pertuduhan hari yang mana jumlah jumlahnya yang melibatkan SGD300,000 hingga ke SGD1 juta.

"Manakala esok pula ada 33 lagi pertuduhan yang dikemukakan di Mahkamah Shah Alam esok dan kita serahkan kepada pihak mahkamah untuk proses selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Ini akan menjadikan jumlah pertuduhan baru ke atas Zahid menjadi sebanyak 41 pertuduhan berjumlah lebih RM47 juta.

Mengenai kehadiran beliau bersama pegawai SPRM ke mahkamah, katanya ini membuktikan bahawa badan berkenaan serius dalam membanteras kegiatan rasuah termasuklah pemimpin parti dan kerajaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS