Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu Lynas: Adun Semambu lapor ketua pengarah JAS pada SPRM
Diterbitkan:  Jun 24, 2019 2:46 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana membenarkan Lynas mengumpul sisa berjadual atau Neutralisation Underflow Residue (NUF) melebihi had di fasilitinya di Gebeng, Pahang.

Lee mengambil maklum Lynas yang mempertahankan diri dengan berkata bahawa stor penyimpanan sisa berjadual 20 tan metrik mendapat kebenaran ketua pengarah JAS menurut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Namun, kata Lee, peraturan itu tidak memberi kuasa kepada ketua pengarah JAS untuk menambah tempoh penyimpanan melebihi 180 hari.

"Di bawah Peraturan 9(6), ketua pengarah JAS mempunyai kuasa untuk meluluskan penyimpanan melebihi 20 tan metrik, tapi peraturan itu tidak memberi kuasa kepadanya untuk melanjutkan tempoh penyimpanan yang ditetapkan selama 180 hari.

"Jelas bahawa pengumpulan sisa NUF di Lynas Advance Material Plant (Lamp) sering kali melebihi tempoh masa yang dibenarkan, sehingga lebih lima tahun.

"Justeru kami berpendapat, penyimpanan NUF di kilang Lynas adalah satu kesalahan," katanya dalam kenyataan kepada SORM."

Laporan itu dibuat di ibu pejabat SPRM Pahang di Kuantan.

Adun Semambu Lee Chean Chung.

Tambah Lee, adalah tidak munasabah apabila ketua pengarah JAS memberikan kelulusan untuk penyimpanan sehingga 55,000 kali daripada 20 tan metrik yang ditetapkan.

Menueur laporan kementerian pada Dis 2018, pengumpulan sisa NUF di kilang Lynas di Gebeng adalah berjumlah 1.113 juta tan metrik, sementara sisa radioaktif Water Leech Purification (WLP) berjumlah 451,564 tan.

"Pada pendapat kami, membenarkan penyimpanan 1.113 juta tan metrik (NUF), iaitu 55,000 kali lebih banyak, adalah tidak wajar dan jelas melangkaui kuasa yang diberikan kepada ketua pengarah JAS," katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS