Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid Hamidi ke SPRM lagi
Diterbitkan:  Jun 24, 2019 11:49 AM
Dikemaskini: 4:36 AM

Bekas timbalan perdana menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan.

Jurucakap SPRM mengesahkan bahawa presiden Umno dipanggil untuk memberi keterangan pagi ini.

Sehingga kini Zahid masih lagi di SPRM.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan Zahid dipanggil bagi memberi kenyataan berhubung isu apa.

Minggu lalu, Zahid turut dipanggil ke SPRM untuk membantu siasatan berhubung kontroversi perjanjian pertukaran tanah yang melibatkan kementerian pertahanan.

Semalam, bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein turut disiasat selama tujuh jam berhubung perkara yang sama.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan anggota Parlimen Bagan Datuk itu dipanggil untuk disiasat berhubung sebuah syarikat swasta yang menguruskan visa bagi memudahkan kemasukan pelancong dari China ke negara ini.

Menurut laporan itu, Zahid akan disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009

Portal itu memetik sumber yang mengatakan bahawa Zahid akan dituduh di dua mahkamah, masing-masing di Kuala Lumpur dan Shah Alam esok mengenai kes itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS