Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemimpin Muslim China kata media barat putar belit laporan Xhinjiang

Seorang pemimpin Islam dari Xinjiang telah menyelar Barat kerana pandangan mereka yang tidak adil terhadap wilayah autonomi itu dan menjadikan ia sebagai mangsa sasaran kempen mereka bagi mencetuskan ketidakstabilan di wilayah tersebut.

Naib Pengerusi Kongres Perundingan Politik Rakyat Xinjiang Abudurekefu Tumuniyazi, menyifatkan laporan media oleh Barat berhubung penindasan yang dihadapi etnnik Uighur di wilayah itu sebagai kebenaran yang diputar belit, dan mendakwa ia disebabkan perasaan tidak senang Barat terhadap pertumbuhan pesat ekonomi China.

“Media Barat mempunyai perspektif yang salah dan negatif mengenai Xinjiang. Sejak pembaharuan China dan tindakannya membuka pintu negara itu, China telah menikmati pembangunan yang mengagumkan dalam semua aspek, kestabilan dan kemakmuran.

“China telah dapat bersaing dengan Amerika Syarikat dan banyak negara barat,” katanya dalam satu taklimat kepada media Malaysia di Kedutaan Republik Rakyat China di Kuala Lumpur pada Khamis.

Abudurekefu, yang juga naib presiden Persatuan Islam China dan presiden Institut Islam Xinjiang, berkata kebangkitan China telah dilihat sebagai satu ancaman oleh banyak negara di Barat.

Katanya sejak tiba di Malaysia dua hari lepas, beliau telah bertemu pelbagai komuniti Islam dan pihak berkuasa Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian usaha untuk menjalin hubungan dan pemahaman yang lebih baik dengan umat Islam di Malaysia.

“Saya faham bahawa ramai rakyat Malaysia bimbang dengan situasi umat Islam di Xinjiang. Oleh itu kami menggunakan lawatan ini sebagai peluang untuk menjelaskan kebenaran kepada mereka,” katanya.

Beliau juga menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melawat Xinjiang untuk melihat dan menyaksikan sendiri situasi sebenar di sama.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS