Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR tunggu siasatan polis sebelum putuskan tindakan pada Haziq
Diterbitkan:  Jun 16, 2019 10:34 PM
Dikemaskini: Jun 18, 2019 8:38 AM

Presiden PKR Anwar Ibrahim dipetik Bernama sebagai berkata PKR akan menunggu siasatan polis terlebih dahulu dan tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru untuk menghukum Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas isu klip video seks yang turut didakwa melibatkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

"Saya pasti ada dalang di sebalik kejadian ini.

"Apapun, kita serahkan kepada polis untuk siasat dan hanya bukti kukuh yang akan sokong dakwaan itu," katanya dipetik pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pimpinan PKR Negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, tiada siasatan dalaman akan dilakukan oleh partinya terhadap Azmin dan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa.

Saifuddin berkata keputusan itu dibuat oleh biro politik PKR.

Haziq pada 12 Jun lalu tampil mengaku dirinya adalah salah seorang dalam klip video seks berkenaan serta mendakwa individu bersamanya adalah Azmin.

Azmin sudah menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai cubaan memusnahkan kerjaya politiknya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS