Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shamsul Iskandar jumpa polis hampir 5 jam
Diterbitkan:  Jun 15, 2019 8:51 AM
Dikemaskini: 2:19 AM

Timbalan Menteri Perusahaan Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin menghabiskan masa hampir lima jam memberi keterangan kepada polis mengenai siasatan kes video lucah membabitkan salah seorang setiausahanya.

Dalam satu kenyataan Shamsul Iskandar beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka kira-kira jam 7 petang semalam.

Katanya beliau dihubungi polis pada 13 Jun bagi membantu siasatan ke atas dakwaan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa terlibat dengan aksi seks sejenis.

Haziq ialah setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar. Dalam kenyataannya beberapa hari lalu Haziq mendakwa dia terlibat dalam hubungan cinta sejenis dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Kata Ketua Pemuda PKR Santubong itu kejadian tersebut berlaku pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Kata Shamsul Iskandar polis memberikan layanan baik dan tempat yang selesa sepanjang proses berkenaan.

"Segala penjelasan dan maklumat yang diperlukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia telahpun saya berikan," katanya.

Beliau yang juga ketua penerangan PKR mengajak orang ramai agar kembali memberikan tumpuan kepada perkara yang lebih utama berbanding isu skandal seks berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS