Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Video semburit: Pegawai Azmin buat laporan polis, qazaf
Diterbitkan:  Jun 13, 2019 1:33 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhamad Hilman Idham hari ini membuat laporan polis berhubung kes video yang didakwa mengaitkan menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Ketika mengesahkan menerima laporan daripada pegawai menteri berkenaan Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan juga berkata IPD Putrajaya membantu merakamkan percakapan.

Rosly berkata laporan tersebut serta kenyataan yang dirakamkan diserahkan kepada pegawai penyiasat dari Bukit Aman yang turut hadir hari ini.

Muhammad Hilman kemudiannya membuat aduan qazaf bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap penyebaran video itu.

Muhammad Hilman yang juga Timbalan Ketua Pemuda PKR memfailkan aduan itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Putrajaya.

Qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS