Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M: 'Mungkin suatu hari ada gambar lucah saya pula'

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa beliau tidak percaya ketulenan video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

“Saya tidak percaya perkara ini tulen. Sekarang, kita boleh buat banyak perkara dengan video dan gambar sekiranya kita pandai.

“Mungkin satu hari kamu akan lihat gambar saya pula macam itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Malam Sejuta Kenangan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, malam ini.

Menjawab soalan sekiranya beliau telah bertemu menteri hal ehwal ekonomi, Dr Mahathir berkata ada berjumpa Azmin ketika mesyuarat kabinet tetapi keadaan masih lagi biasa ketika itu.

Pihak ada agenda politik

"Ya jumpa dah macam biasa fasal hari ini kita ada (mesyuarat) kabinet.

"Kamu percaya (video seks itu)?

"Takkanlah bodoh macam itu (nak percaya)," katanya lagi.

Menurut perdana menteri beliau yakin video itu dibuat oleh pihak yang mempunyai agenda politik.

"(Video) ini dibuat oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda politik. Itu saja.

"Semua benda macam ini kotor lah.

"Kalau tak boleh lawan dengan orang jangan lah buat kerja macam itu," katanya lagi.

Dr Mahathir juga menggesa supaya menjadikan amalan politik negara lebih bersih.

"Saya tak tahu siapa buat. Cara macam ini tak patut ada lagi dalam Malaysia. Kotor sangat lah.

"Kalau nak buat macam itu maka setiap hari boleh tunjuk gambar lucah lah.

"(Jika) kamu kalah kamu nampak orang nak menang hah kamu tunjuk gambar lucah," jelasnya.

Mahathir juga menyelar dakwaan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang membuat pengakuan mendakwa dirinya lelaki dalam video tesebut.

"Itu disengajakan. Kalau tidak takkan dia nak mengaku.

"Biasanya orang yang (memang macam) itu pun malu juga. Ini tak malu kata 'saya lah buat. Saya buat dengan menteri'.

"Apa tujuan?" Soal perdana menteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS