Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan sepihak Dr M jadikan semak, imbang sia-sia - Ramkarpal
Diterbitkan:  Jun 6, 2019 10:05 PM
Dikemaskini: 2:05 PM

Pengakuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau sendiri yang memilih peguam Latheefa Koya dilantik menjadi ketua pesuruhjaya SPRM patut dibimbangi, kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong tidak dapat menjawab persoalan pokok yang ditanyakan apabila mengatakan pelantikan tersebut dibuat dengan berlandaskan undang-undang.

Ini kerana, kata Ramkarpal isunya berkait janji PH untuk mengekang kuasa budi bicara perdana menteri yang luas.

"Janji manifesto pilihan raya PH adalah untuk memastikan semak dan imbang serta ketelusan dalam perlantikan sebegini dengan menubuhkan jawatan kuasa khas parlimen mengenai pelantikan jawatan utama perkhidmatan awam.

"Tujuan jawatan kausa sedemikian menjadi sia-sia sekiranya pelantikan itu dibuat secara sepihak, malahan tanpa berunding dengan kabinet," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Menjelaskan lanjut, Ramkarpal berkata personaliti merupakan aspek utama dalam pelantikan pegawai tertinggi kerajaan tetapi cara mereka dilantik juga mestilah sama mustahaknya, atau lebih penting lagi untuk mendapatkan keyakinan orang ramai.

"Keupayaan untuk melantik secara sepihak juga menandakan keupayaan untuk memecat secara sepihak juga, maka sebab itulah perundingan sewajarnya dengan semua pihak, khususnya kabinet,menjadi cukup penting untuk mengelakkan tanggapan yang tidak perlu yang mungkin timbul akibat perlantikan atau pemecatan sepihak itu.

"Dengan segala hormatnya, pelantikan secara sepihak seperti ini bukan sebahagian daripada demokrasi yang sihat dan tidak sepatutnya berlaku, tanpa mengira kualiti atau sebaliknya yang dilantik," katanya.

Pada Selasa lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull telah melepaskan jawatannya dan Latheefa akan menggantikan beliau.

Latheefa melepaskan keanggotaannya dalam PKR selepas mendapat makluman mengenai pelantikannya.

[Baca berita penuh]

Berita berkaitan:

Pelantikan Latheefa: Kadang-kadang perlu ada kejutan, kata Dr M

Dr M: Saya sendiri pilih Latheefa, tak bincang dengan kabinet

Azmin yakin pelantikan Latheefa berdasarkan merit

Saifuddin sahkan lantikan Latheefa tidak dimaklumkan kepada kabinet, PKR

J'kuasa parlimen boleh minta k'jaan jelaskan pelantikan SPRM

10 dari 13 ketua pesuruhjaya SPRM dilantik dari luar, kata timbalan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS