Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Puluhan kenderaan tenggelam banjir kilat di Kota Kinabalu
Diterbitkan:  Jun 4, 2019 10:24 PM
Dikemaskini: 2:25 PM

Hujan lebat sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini dilanda banjir kilat dan puluhan kenderaan ditenggelami air.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata antara kawasan terjejas adalah di sekitar Hospital Queen Elizabeth I, serta beberapa kawasan lain di Tanjung Aru, Lido, dan Maktab Sabah.

"Bomba setakat ini ada menerima panggilan di satu dua tempat yang terlibat banjir kilat dan kini pemantauan sedang dilaksanakan,” kata kenyataan itu.

Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa kawasan lain seperti di Rugading, Telipok turut terjejas akibat banjir sehingga tidak dapat dilalui kenderaan, namun keadaan banjir berkenaan sudah beransur pulih.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahawa ribut petir dijangka berterusan di seluruh kawasan Sabah sehingga jam 8 malam tadi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS