Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Pengerusi TM enggan lantik CEO pilihan MOF Inc
Diterbitkan:  May 31, 2019 2:34 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Pengerusi Telekom Malaysia Rosli Man dilaporkan tidak bersetuju dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) - atau MOF Inc - berkenaan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) baru.

Laporan The Edge yang memetik sumber menyatakan Rosli enggan meneruskan pelantikan pemangku CEO Imri Mokhtar ke jawatan itu.

MOF Inc memutuskan untuk melantik Imri sebagai CEO pada Februari lalu, tetapi Rosli dilaporkan tidak melaksanakan arahan itu.

Malaysiakini sedang menghubungi TM untuk mendapatkan komen.

Syarikat tersebut tiada CEO tetap sejak setahun lalu selepas peletakan jawatan Shazalli Ramly - yang merupakan penasihat media kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Imri dilantik sebagai pemangku pada November lalu, menggantikan Bazlan Osman yang juga meletakkan jawatan.

Sementara itu, Rosli menjadi pengerusi pada Disember lalu selepas peletakan jawatan Sulaiman Mahbob.

The Edge melaporkan Rosli berkemungkinan berhasrat melantik CEO pilihannya sendiri.

Isu tersebut timbul selepas Rosli ketika mesyuarat agung tahunan TM Rabu lalu memberitahu pemegang saham utama belum membuat keputusan berkenaan siapa yang akan dilantik ke jawatan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS