Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bukan hadiah tapi rumah biasa-biasa, kata exco PKR

Ahli exco kerajaan negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata kondominium yang dihuninya sekarang adalah disewa dan bukannya diterima daripada seorang ahli perniagaan tempatan seperti yang didakwa.

Adun Semerah itu walau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah yang disewanya, selain berkata ia bukanlah terlalu mahal.

Ditanya berapa yang dibayarnya untuk setiap sebulan, beliau menjawab: “Ini details (perinci) sangat la.. kat situ tak mahal la."

“Ramai orang biasa duduk situ, banyak homestay juga, banyak unit kosong lagi,” katanya ketika dihubungi.

Diajukan soalan “rumah berapa besar” pemimpin PKR itu berkata: “Rumah biasa-biasa saja.”

 

Mohd Khuzzan juga menafikan laporan berita yang mendakwa beliau membayar sewa lebih daripada RM3,000 sebulan.

“Tak lah... lagipun exco negeri ada elaun rumah, kami pun nak cari rumah yang dekat dengan pejabat,” katanya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Mohd Khuzzan berkata beliau telah menyewa unit berkenaan dari pemaju projek berkenaan iaitu Country Garden Danga Bay Sdn Bhd selama hampir setahun.

"Saya mula menyewa kondominium itu pada Jun lalu sehingga sekarang. Ia bukan diberikan kepada saya.

"Tuduhan itu tidak berkaitan dengan portfolio saya sebelum ini sebagai pengerusi jawatankuasa belia, sukan dan kebudayaan atau portfolio saya sekarang," katanya.

Mohd Khuzzan mengulas kenyataan Ketua Pemuda PSM, Khalid Mohd Ismath yang pada Isnin lalu, Khalid menulis bahawa sebuah kumpulan akan mendedahkan nama Adun itu jika beliau tidak mengembalikan unit berkenaan dan mengosongkan premis tersebut dalam masa tujuh hari.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS