Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Menteri harap Perkeso luaskan perlindungan ke semua sektor

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran mencadangkan agar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meluaskan jaringan perlindungan ke semua sektor.

Beliau berkata sebelum ini pemandu teksi, bas dan perkhidmatan e-kelui (e-hailing) telah diwajibkan untuk membuat caruman.

"Maka saya berharap Perkeso dapat mengadakan perbincangan untuk meliputi semua sektor," katanya ketika ditemui pemberita di majlis buka puasa Perkeso di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, antara pekerjaan yang perlu mencarum dan mendapat perlindungan ialah nelayan, petani, penjaja dan penggiat seni.

“Kini dilihat hanya fokus kepada pemandu bas, teksi dan grab sahaja,” katanya lagi, sambil berkata suri rumah juga perlu dilibatkan walaupun dengan kadar caruman minimum.

Bermula 1 November 2018, pemandu teksi dan perkhidmatan e-kelui diwajibkan mendaftar dan membuat caruman di bawah di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso.

Ketika itu, dilaporkan hanya 5,197 daripada 100,000 pemandu yang mendaftar dengan skim itu.

Dalam pada itu, Kulasegaran yang juga anggota parlimen Ipoh Barat memaklumkan kira-kira 55 peratus majikan yang masih tidak mencarum untuk pekerja mereka.

“Kami memberi masa kepada majikan agar mereka mencarum pekerja. Tindakan akan diambil jika mereka masih tidak berusaha untuk berbuat demikian," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS