Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$102.8 bilion
Diterbitkan:  May 24, 2019 4:31 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$102.8 bilion pada 15 Mei, 2019 berbanding US$103.4 bilion pada 30 April, 2019.

Dalam kenyataannya bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 15 April terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak US$96.6 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Katanya aset termasuk emas dan tukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM419.41 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.27 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.33 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.1 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) dan aset-aset lain (RM13.53 bilion).

Sementara itu, modal berbayar sebanyak RM100 juta, rizab (RM132.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM109.66 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM165.91 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.54 bilion), lain-lain deposit (RM826.17 juta), kertas Bank Negara (RM14.41 bilion), peruntukan SDR (RM7.61 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.55 bilion).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS