Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: Hasanah tak hadir sebab lupa sebutan kes hari ini
Diterbitkan:  May 24, 2019 3:15 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid "lupa" akan pengurusan kes berkaitan tuduhan pecah amanah terhadapnya yang dijadual hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata firma guaman yang mewakilinya.

Azam Aziz Shaharudinali & Co turut mengakui pihaknya juga tidak mengigatkan anak guamnya untuk hadir ke mahkamah pagi tadi.

Penjelasan itu susulan tindakan mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Hasanah kerana ketidakhadirannya itu.

Hasanah berdepan tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta.

"Peguam firma kami, Nur Aifa Zain telah hadir dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat kesilapan di pihak beliau kerana tidak mengingatkan anak guam untuk hadir ke Mahkamah pada pagi ini.

"Proses Sebutan ini bukanlah proses bicara. Ia hanya panggilan pengurusan kes di depan hakim untuk menetapkan tarikh bicara.

"Hasanah berada di rumah beliau dan beliau sendiri terlupa berkaitan tarikh Sebutan kes beliau hari ini," kata firma itu dalam kenyataan.

Azam Aziz Shaharudinali & Co juga menegur laporan media berkenaan waran tangkap tersebut kerana "memberi tanggapan" anak guam mereka mahu lari dari pendakwaan.

Malah, kata firma guaman itu lagi, Hasanah sedang bertadarus (Al-Quran) di rumahnya ketika dimaklumkan tentang sebutan kes hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS