Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemuda Umno Johor tuntut Mukhriz mohon maaf
Diterbitkan:  May 24, 2019 1:04 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Pemuda Umno Johor menuntut Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Berdasarkan satu video pendek, Mukhriz kelihatan tidak bersalam dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar ketika sama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, semalam.

"Di sebalik ketenangan dan kesyahduan itu, Mukhriz Mahathir, menteri besar Kedah dilihat bertindak biadab dan hilang etika kemelayuannya apabila tidak bersalaman dengan DYMM Sultan Johor.

"Sikap yang ditunjukkan beliau ini adalah sifat kebudak-budakan dan tidak berakhlak. 

"Apatah lagi beliau seorang menteri besar yang melakukan sedemikian rupa," kata Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah.

Mukhriz bagaimanapun memberikan isyarat sembah.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi video yang memaparkan Mukhriz tidak bersalaman dengan ayahandanya, Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkongsi video disiarkan Twitter Friends of Johor yang menghentam Mukhriz, anak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad - yang hubungan dengan istana Johor tegang sebelum ini.

Video 14 saat itu telah ditonton hampir 50,000 kali itu, setakat laporan ini ditulis.

Malaysiakini telah menghubungi Mukhriz dan sedang menunggu penjelasannya berkaitan perkara itu.


TMJ kongsi video dakwa Mukhriz tak salam sultan Johor


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS