Suspek utama insiden membakar kereta Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang dikenali sebagai Zaini diberkas polis, kelmarin.
Menurut Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd, selain Zaini, polis turut memburu seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Mie Tomoi.
“Keseluruhannya, lima suspek ditahan sehingga bagi membantu siasatan kes berkenaan, dengan kesemuanya sedang direman.
“Kita masih memburu Mie Tomoi dan yakin suspek akan diberkas dalam sedikit masa lagi,” katanya lapor Berita Harian hari ini.
Noor Mushar berkata, berdasarkan siasatan polis, kedua-dua mereka didapati terlibat dengan kes mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Hazman Hassan pada September tahun lalu.