Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tengku Maimun: Tulis pada saya jika ada dakwaan salah laku hakim

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pihak yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan salah laku hakim untuk menulis kepadanya atau membuat laporan dengan pihak berkuasa relevan.

"Sekiranya terdapat dakwaan salah laku di pihak hakim, saya menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai sebarang tuduhan sedemikian, untuk membuat laporan dengan pihak berkuasa yang berkaitan supaya siasatan yang sewajarnya dapat dijalankan.

"Orang ramai juga boleh menulis kepada saya, Presiden Mahkamah Rayuan atau kepada Ketua Hakim di dua Mahkamah Tinggi masing-masing, bagi kita untuk melaksanakan perkara yang perlu dilakukan," katanya ketika menyampaikan ucupan sulungnya selaku ketua hakim negara ketika istiadat menyambut pelantikannya di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata mahkamah menghormati hak orang ramai untuk mengkritik prestasi hakim tetapi teguran perlu berdasarkan fakta dan dibuat dengan penuh tanggungjawab.

Ini kerana kritikan tidak berasas terhadap kehakiman akan melemahkan pentadbiran sistem keadilan dan menghakis keyakinan orang ramai terhadap kehakiman, ujarnya.

Berdasarkan fakta

Menurut Tengku Maimun bagi melindungi integriti kehakiman, tindakan wajar akan diambil terhadap pihak yang mencemarkan imej dan martabat kehakiman.

"Kebebasan kehakiman tidak bermakna ia kebal daripada menerima kritikan atau (tidak perlu) bertanggung jawab kepada orang ramai...

"Bagaimanapun, kritikan terhadap keputusan hakim perlu dibuat dengan penuh tanggung jawab dan berdasarkan semua fakta.

"Ia merupakan suatu penganiayaan terhadap kehakiman dan negara secara keseluruhan, jika seseorang terus melemparkan tuduhan liar, khususnya di media sosial tanpa mengambil jalan (menyuarakannya) melalui saluran yang sewajarnya bagi dakwaan itu untuk ditangani secara berkesan," kata beliau.

Beliau menjelaskan secara tradisinya para hakim tidak akan membalas kritikan dan dakwaan terhadap mereka bagi memelihara sikap tidak berat sebelah dan menghormati mahkamah yang menghalang hakim daripada terlibat berbahas dengan "pengkritik yang tidak berpuas hati dan litigan yang kecewa."

Oleh itu, beliau yakin ia bergantung kepada para peguam untuk mempertahankan kehakiman dengan membetulkan maklumat palsu terhadap institusi itu.

Para peguam juga, jelasnya lagi perlu mengingatkan orang ramai, media dan pihak lain mengenai kebebasan dan sikap berkecuali kehakiman.

Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru pada 2 Mei lalu menggantikan Richard Malanjum yang bersara pada April tahun ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS