Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tangkap seorang penulis susulan “satu tweet pasal anak raja”.
”Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu. Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi.
“Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara,” katanya.
Mahathir ketika mengulas konfliknya dengan istana Johor sebelum ini berkata tidak baik untuknya mengkritik raja-raja susulan kedudukan mereka.
Bagaimanapun, berkaitan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Mahathir menggelar putera raja itu sebagai “budak mentah” dan “bodoh”.
Baca: Bukan istana yang lapor polis, kata TMJ
Pereka grafik terkenal Fahmi Reza awal petang ini menulis di Facebook, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong, ditahan malam tadi di Balai Polis Tampoi, Johor.
“Kemungkinan besar ditahan bawah #AktaSakitHati sebab satu tweet pasal anak raja,” katanya.
Beliau berkata, selepas setahun berkuasa, kerajaan baru sepatutnya tidak mengikut perangai buruk rejim lama yang suka gunakan undang-undang untuk menyekat pengguna sosial.
Menulis di Twitter, Mahathir menegaskan tidak ada mana-mana pemimpin di Malaysia yang bebas dari kritikan.