Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kemakmuran ekonomi tak hanya diukur KDNK - PM
Diterbitkan:  May 9, 2019 6:08 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang terkenal dengan minatnya terhadap projek-projek mega termasuk Menara KL dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) mengakui kejayaan ekonomi diukur lebih daripada pembangunan fizikal semata-mata.

Berucap sempena sambutan ulang tahun pertama Pakatan Harapan (PH) hari ini, Mahathir mengakui ukuran terhadap pembangunan dan kemakmuran ekonomi kini menjadi lebih kompleks.

"Kejayaan Dasar Ekonomi Baharu dalam menstrukturkan ekonomi diukur melalui pembanterasan kemiskinan dan meningkatkan penguasaan ekuiti negara.

"Pada zaman pasca moden hari ini, mengukur pembangunan dan kemakmuran menjadi lebih kompleks.

"Kerana itu Kemakmuran Bersama tidak harus diukur hanya dengan KDNK yang tidak memberi banyak makna kepada rakyat biasa. 

"Kemakmuran Bersama seharusnya dinilai kepada apa yang dimiliki oleh rakyat seluruhnya dari segi gaji dan nilai pendapatan isi rumah, pemilikan aset kewangan, fizikal dan simpanan, penyertaan dalam rantaian bekalan, nilai jurang antara bandar dan luar bandar dan pelbagai komponen pengukuran lain yang dapat mengukur bahawa kemakmuran bersama ini telah dikongsi oleh semua rakyat secara adil dan saksama," katanya.

Mahathir, yang mengetuai BN selama 22 tahun, memperkenalkan konsep "Wawasan 2020" pada tahun 1991, yang cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Sebagai sebuah negara maju yang biasanya diukur melalui KDNK, pengganti Mahathir memberi tumpuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Mahathir kembali menjadi perdana menteri setelah memimpin Pakatan Harapan apabila berjaya menumbangkan kerajaan BN pada PRU lalu yang didakwanya melakukan rasuah.

"Pendapatan tinggi tidak bermakna mewah.

"Realitinya walaupun KDNK dan nilai pendapatan negara meningkat, namun nikmat kekayaan negara tidak dapat dirasai oleh rakyat kerana dengan hanya berpendapatan tinggi tetapi daya keluaran (produktiviti) ditahap lama, maka kos barangan dan khidmat akan menjadi tinggi, sara hidup akan meningkat. Dengan ini pendapatan yang tinggi tidak akan menaikkan daya beli kita," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS