Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad berkata tiada seorang pun pemimpin Bersatu Johor yang terlibat membantah pelantikan pengerusi parti negeri datang berjumpanya.

"Mereka tidak datang berjumpa saya," kata perdana menteri ketika wawancara khas bersama media di Putrajaya petang ini.


BACA BERKAITAN:

Ketua bahagian Bersatu: Kami mahu MB jadi pengerusi negeri


Beliau mengulas spekulasi mengenai sekumpulan ketua bahagian Bersatu Johor yang mencapai persetujuan semalam bahawa Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal perlu dilantik sebagai pengerusi negeri berbanding Adun Puteri Wangsa Mazlan Bujang.

Mahathir berkata hal itu tidak berbangkit pada mesyuarat baru-baru ini bersama Sahruddin dan ahli exco negeri.

"Kali terakhir saya bertemu exco Johor mereka tidak mengadu apa-apa pun," jelasnya.

Difahamkan perdana menteri menerima kunjungan hormat dari Mazlan dan exco Johor pada Jumaat lalu di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur, yang mana kemudiannya Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH.

Malaysiakini melaporkan semalam bahawa 23 daripada 26 ketua bahagian Bersatu Johor menghadiri pertemuan di Johor Bahru, yang dipanggil oleh bekas menteri besar Osman Sapian.

Mesyuarat itu mencetuskan desas-desus bahawa Osman yang kehilangan jawatan itu selepas meletak jawatan sebagai menteri besar sedang berusaha untuk membuat kemunculan semula sebagai pengerusi Bersatu Johor.

Hal ini meskipun Mazlan telah menerima surat pelantikannya sebagai ketua baru Johor Bersatu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS