Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Australia enggan terima sisa radioaktif Lynas
Diterbitkan:  May 6, 2019 1:14 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

Australia menolak usaha Putrajaya untuk menghantar sisa radioaktif dari loji pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, Kuantan, ke negara itu.

Menteri, Perlombongan, Petroleum, Tenaga dan Hubungan Industri Australia Barat, Bill Johnston mengakui bahawa cara terbaik untuk membuang sisa itu adalah dengan mengembalikan ke tempat asalnya.

Namun begitu, beliau berkata Australia Barat tidak akan mengambil sisa tersebut dari luar negeri.

Nadir bumi yang diproses di fasiliti Lynas Kuantan, yang dinamakan Lynas Advance Material Plants, berasal dari Gunung Weld di Australia Barat.

"Secara amnya, tempat terbaik untuk membuang bahan tercemar adalah dari mana ia datang.

“Seperti dalam kes ini akan berada dalam kekosongan lombong.

“Tetapi kita (Australia) tidak akan mengambil sisa lombong itu kembali," katanya seperti dipetik oleh The Australian.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin telah menggesa Lynas agar menghantar kembali sisa buangan tersebut ke Australia.

Tambahnya ini adalah sebahagian daripada syarat pelesenan.

Fasiliti Lynas menghasilkan dua jenis sisa iaitu WLP radioaktif dan bahan bukan radioaktif neutralisation underflow (NUF).

Sejak Disember tahun lepas, sisa WLP yang terkumpul di Lynas mencatat 451,564 tan, manakala sisa NUF berjumlah 1.113 juta tan.

Lynas telah berusaha mengubah NUF menjadi produk komersil namun kajian perintis mendapati penggunaannya sebagai baja membawa kepada peningkatan tahap logam berat, walaupun dalam tahap yang dibenarkan.

Bagaimanapun, jawatankuasa kajian menteri juga memberi amaran bahawa tahap berat sesuatu logam boleh meningkat jika digunakan dalam kuantiti yang banyak.

Bagi WLP, Putrajaya mungkin perlu mencari alternatif lain selepas Australia memberitahu bahawa tidak akan menerima sisa tersebut.

Yeo juga berkata bahawa kementeriannya akan menghadkan pengumpulan sisa kemudahan Lynas di Kuantan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof tidak bersetuju dengan pendekatan itu.

Beliau berkata bahawa Australia tidak akan menerima cadangan sedemikian

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS