Paling Popular
Terkini

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyokong idea desentralisasi namun berpendapat kerajaan tidak mempunyai dana mencukupi untuk melaksanakannya pada masa ini.

"(Sebagai contoh) sekolah, penduduk tempatan tahu apa keadaan sekolah-sekolah ini, kualiti pendidikan, jadi tidakkah mereka dapat berikan input?

"Berbanding semuanya diputuskan oleh pejabat yang jauhnya berribu batu di mana mereka mungkin tidak turun untuk melihat keadaan sebenar?

"Jadi saya percaya perlu ada desentralisasi, tapi bukan sekarang, kerana kamu tiada dana dan sumber untuk berbuat demikian," kata Lim dalam temu bual bersama di Putrajaya baru-baru ini.

Beliau berkata desentralisasi hanya boleh dilakukan apabila terdapat pendapatan mencukupi untuk berbuat demikian.

Oleh itu, katanya adalah lebih penting pada masa ini untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan kedudukan fiskal negara daripada membincangkan tentang desentralisasi.

Konsep desentralisasi merupakan satu cara untuk kerajaan pusat mengagihkan kuasa dalam urusan pentadbiran kepada peringkat bawahan seperti kerajan negeri dan kerajaan tempatan serta tidak tertumpu pada kawasan berpusat seperti Putrajaya.

Penyokong desentralisasi berpendapat antara lain, ia memberi kuasa kepada masyarakat setempat membuat keputusan mengenai perkara dasar yang akan memberi kesan langsung kepada mereka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS