Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar, Wan Azizah dijangka sertai kempen PRK Sandakan

PRK SANDAKAN | Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka menyertai kempen DAP di Sandakan dalam masa terdekat.

Wan Azizah akan mengunjungi Sandakan pada Ahad ini, manakala Anwar dijadualkan datang ke Sandakan dalam minggu depan.

Perkara itu disahkan oleh pegawai masing-masing ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

Bagaimanapun, pegawai pejabat Anwar masih belum mengesahkan sama ada pemimpin PKR itu akan menghadiri acara di Sandakan pada 7 Mei, seperti yang diiklankan di sepanduk yang dilihat oleh Malaysiakini.

Masing-masing DAP dan rakan sekutunya, Warisan akan mengadakan konvensyen pada hujung minggu ini, maka kemungkinan pemimpin utama dua parti itu tidak akan akan membuat penampilan di Sandakan hujung minggu ini.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian Stephen Wong pada 28 Mac.

DAP mencalonkan anak perempuan Stephen, Vivian Wong bagi menentang calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Linda Tsen dan tiga lagi calon bebas - Hamzah Abdullah, Chia Siew Yong dan Sulaiman Abdul Samad.

Hari pengundian dijadualkan diadakan pada 11 Mei.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS