Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IPCMC: Dr Mahathir akan dengar pandangan semua pihak

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terbuka untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja termasuk Ketua Polis Negara Mohamed Fuzi Harun berhubung isu membabitkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ia berikutan kenyataan Fuzi hari ini yang menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan perdana menteri bagi mengemukakan bantahan berhubung beberapa perkara yang membabitkan IPCMC.

"Saya bertemu dengan semua orang setiap hari.

"Terdapat pihak yang menyokongnya (penubuhan IPCMC). Tetapi ada juga yang tidak menyokongnya.

"Jadi kita akan selalu mendengar pandangan orang ramai dan kemudian kita akan buat keputusan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan platform 'e-Dagang Commodities Global Trade Sdn Bhd di PICC, Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kesediaannya untuk bertemu dengan Fuzi berhubung perkara itu dan sama ada suruhanjaya itu akan diteruskan walaupun ia ditentang oleh polis.

Terdahulu hari ini, Fuzi berkata usul tersebut menerima banyak tentangan daripada ahli Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP), Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa).

Pada 4 April lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata IPCMC bebas untuk melakukan siasatan terhadap badan penguatkuasa itu dan kerajaan tidak akan campur tangan bagi mengangani sebarang aduan mengenai polis.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas cadangan penubuhan IPCMC untuk menyiasat kes kehilangan paderi aktivis Amri Che Mat dan paderi Raymond Kohd yang didakwa membabitkan polis Cawangan Khas (SB) seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS