Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3 pelajar tahfiz hilang di Tampin dikesan di Putrajaya - Polis
Diterbitkan:  Apr 30, 2019 10:29 PM
Dikemaskini: 2:29 PM

Tiga pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat tahfiz di Kampung Seri Repah sejak seminggu lalu dikesan berada di sekitar Putrajaya, kata Ketua Polis Daerah Tampin Supt Ramli Kasa.

Beliau berkata maklumat tersebut diperolehi polis daripada keluarga kesemua pelajar terbabit.

“Pun begitu, kita masih menjalankan siasatan terperinci mengenainya selepas menerima laporan polis di Balai Polis Bahau, Jempol pada 24 dan 25 April lepas,” katanya di Tampin, hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan yang sebelum ini di bawah IPD Jempol bagaimana pun telah dipindahkan ke IPD Tampin untuk siasatan di bawah orang hilang.

"Semua aspek turut diambil kira termasuk maklumat orang ramai yang mengatakan kali terakhir melihat mereka di sekitar Putrajaya," katanya.

Ramli berkata, hasil siasatan awal setakat ini mendapati ketiga-tiga pelajar itu dipercayai melarikan diri disebabkan masalah displin.

Media pada Ahad lepas melaporkan tiga pelajar tahfiz masing-masing berusia 13 hingga 14 tahun dilaporkan hilang dari kelas pengajian mereka di sebuah pusat tahfiz di Kampung Seri Repah dekat sini dikatakan merancang untuk mencari kerja di Kuala Lumpur.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS