Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
NGO lapor polis ulasan Syed Husin mengenai raja
Diterbitkan:  Apr 27, 2019 10:38 PM
Dikemaskini: 6:39 PM

Pertubuhan Sahabat Erat dan Amanat Rakyat (Sedar Malaysia) membuat laporan polis terhadap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali kerana membuat ulasan kritikal terhadap istana.

Pertubuhan itu berkata ia mengambil peduli komen Syed Husin yang dibuat pada majlis forum mengenai Statut Rom di Universiti Malaya hari ini.

Presiden Sedar Malaysia Nazrin Norani, yang juga hadir pada forum itu membuat laporan polis di Balai Polis Pantai.

"Dr Syed Husin Ali telah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang mungkin mencetuskan kebencian terhadap institusi raja-raja di Malaysia.

"Saya menggesa pihak polis untuk membuat siasatan terhadap penganjr-penganjur, moderator dan ahli-ahli panel," kata Nazrin dalam laporan polisnya.

Syed Husin merupakan sarjana sosiologi dan kajian budaya serta pernah memimpin Parti Rakyat Malaysia terlibat dalam percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dalam pembentukan PKR.

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Negara dari 2009 ke 2012.

Forum hari ini diadakan susulan pendedahan rumusan eksekutif yang dibentangkan ahli akademik yang dikatakan digunakan bagi meyakinkan Majlis Raja-Raja Melayu menolak Statut Rom.

Empat pensyarah yang dikaitkan dengan dokumen itu ialah Timbalan Naib Canselor Univerisiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Rahmat Mohamad, pensyarah undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Shamrahayu Abdul Aziz.

Keempat-empat mereka dijemput menyertai forum berkenaan namun kesemuanya tidak hadir hari ini.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tommy Thomas, Anggota G25 Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet hadir dalam forum tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS