Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Gara-gara penat' 119 petugas p'raya Indonesia meninggal
Diterbitkan:  Apr 24, 2019 5:53 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

GLOBAL | Pilihan raya Indonesia 2019 yang sedang berlangsung proses pengiraan undinya menyaksikan 119 petugas penyelenggara pilihan rayanya meninggal dunia, manakala 548 lagi jatuh sakit setakat semalam, maklum Pesuruhjaya Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia, Viryan Aziz.

"Berdasarkan data yang kami himpun hingga pukul 16.30 WIB, petugas kami yang mengalami kedukaan ada 667 orang. Sebanyak 119 meninggal dunia, 548 sakit, tersebar di 25 provinsi (wilayah)," kata Viryan, lapor CNN Indonesia.

Viryan dipetik berkata faktor utama petugas sakit dan meninggal dunia kerana kepenatan.

Katanya, sistem menjalankan pilihan raya presiden dan majlis perundangan secara serentak sangat baik, namun demikian beban kerja para petugas di lapangan menjadi bertambah berat.

Viryan juga berkata KPU sedang merancang untuk mengkaji sistem itu.

Pilihan raya presiden dan majlis perundangan serentak yang pertama pada 17 April lalu menyaksikan penyertaan kira-kira 81 peratus daripada 193 juta pengundi yang layak.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) mempertahankan jawatan Presiden Indonesia untuk penggal kedua bergandingan dengan gandingan baharu Ma’ruf Amin, seorang ulama berpengaruh Indonesia, sebagai calon naib presiden.

Mereka ditentang oleh bekas jeneral tentera Prabowo Subianto yang bergandingan dengan bekas timbalan gabenor Jakarta Sandiaga Uno, 49.

Menurut KPU terdapat 711 kerusi menjadi rebutan dalam Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR) yang terdiri daripada 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan 136 Dewan Perwakilan Daerah (DPD).

Juga terbuka untuk rebutan ialah lebih 19,500 kerusi di lebih 2,000 daerah, perbandaran dan daerah pemilihan dewan legislatif.

Di tempat mengundi, setiap pengundi akan memilih pegawai di lima peringkat pejabat politik: (i) Presiden dan naib presiden; (ii). seorang anggota DPR; (iii). seorang anggota DPD; (iv) seorang anggota Dewan Undangan Provinsi (DPRD Provinsi) dan (v). seorang anggota Dewan Perwakilan Kota / Kabupaten (DPRD Kota / Kabupaten).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS