Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kantung kosong - Anwar pilih tak jadi menteri kewangan sekarang
Diterbitkan:  Apr 24, 2019 4:02 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata beliau akan menolak jawatan menteri kewangan jika ditawarkan kepadanya ketika ini susulan kekangan ekonomi negara yang tidak menentu.

"Saya tidak mahu kerana ini tidak seperti sebelum ini (ketika) kita ada banyak wang.

“Pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah 10 peratus dan bukan (sekarang ini) pada 4.5 peratus," katanya ketika berucap semasa pelancaran Tabung Pelajar Antarabangsa Abu Sulayman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIAM) hari ini.

Anwar berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng terpaksa memberi jawapan standard apabila permintaan untuk peruntukan diajukan.

"Satu-satunya jawapan yang dia boleh berikan ialah 'kita akan mengkajinya', 'kita tidak boleh luluskannya sekarang', 'kita boleh pertimbangkan untuk meluluskannya kemudian'.

“Ini adalah jawapan standard kerana kita berada dalam kekangan kewangan," katanya.

Anwar adalah menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mendakwa ia mewarisi hutang lebih daripada RM1 trilion daripada pentadbiran BN.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS