Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

KES NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan wang dari bekas perdana menteri Najib Razak tidak selalu masuk ke dalam akaun parti.

Saksi kesembilan Ketua Umno Bahagian Padang Serai Asmadi Abu Talib memberi keterangan bahawa cek berjumlah RM50,000 yang diterima daripada Najib pada 2014 dan wang itu masuk ke dalam akaun peribadinya.

Saksi kesepuluh, Setiausaha Umno Bahagian Johor Bahru Abu Talib Alias berkata menerima RMRM300,000 tetapi wang itu bertujuan untuk Umno Bahagian Johor Bahru.

Ketika disoal balas oleh peguam utama pembelaan Muhammad Shafee Abdullah, Asmadi berkata wang itu tidak masuk ke dalam akaun bahagian parti.

Shafee: Adakah (resit) wang itu diakui dalam akaun (bank) Umno Padang Serai?

Asmadi: Tidak. Tetapi jawatankuasa tahu mengenainya dan juga pengurusan parti.

Shafee: Semuanya terbuka?

Asmadi: Ya.

Susulan itu, DPP Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi menyoal Asmadi untuk menjelaskan kenaoa wang itu tidak masuk ke dalam akaun parti.

"Sekiranya masuk ke dalam akaun bahagian, ia akan melibatkan mesyuarat agung tahunan (AGM).

"Tapi kalau melalui saya, ia akan terus masuk ke pihak pengurusan.

"AGM melibatkan juruaudit luaran," jelas Asmadi.

Katanya dana itu digunakan untuk membayar hutang, mendanai majlis sambutan maulidur rasul, membayar guru yang mengendalikan kelas tambahan dan menyediakan baju seragam sekolah.

Bagi Umno Bahagian Johor Bahru, Abu Talib menjelaskan wang itu digunakan untuk mendanai 86 cawangan, sedekah kepada golongan miskin ketika ramadan dan bantuan kewangan kepada mangsa bencana alam seperti ribut.

Ketika pemeriksaan balas saksi, Shafee berhujah menjadi amalan biasa bagi presiden Umno untuk mendanai bahagian parti, malah sejak Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpinnya lagi.

Najib sedang berhadapan perbicaraan di atas pertuduhan pengubahan wang haram dan jenayah pecah amanah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah bekas anak syarikat 1MDB yang meminjam sebanyak RM4 bilion daripada dana pesara kakitangan awam, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan). Pinjaman itu digunakan SRC dalam beberapa pelabiran yang tidak memberi pulangan yang dijangkakan.

[Baca berita penuh]

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

  • 1 tuduhan salah guna kuasa
  • 3 tuduhan pecah amanah
  • 3 tuduhan pengubahan wang haram

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS