ADS
Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rakyat Indonesia pilih presiden, anggota parlimen hari ini
Diterbitkan:  Apr 17, 2019 11:54 AM
Dikemaskini: 3:54 AM
GLOBAL l Rakyat Indonesia mula mengundi pada Rabu apabila pusat pengundian mula dibuka di seluruh negara itu bagi memilih presiden dan anggota parlimen baharu, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengundi di timur wilayah Papua berbaris untuk mengundi seawal pukul 7 pagi waktu tempatan, dua jam lebih awal berbanding Jakarta.

Pertandingan bagi jawatan presiden menyaksikan penyandang Joko Widodo menentang pencabarnya yang popular, Prabowo Subianto.

Presiden Widodo memilih ulama Islam Ma'aruf Amin sebagai gandingan manakala pesaingnya yang merupakan seorang bekas jeneral Prabowo Subianto berpasangan dengan bekas ahli perniagaan merangkap timbalan gabenor Jakarta, Sandiaga Salahuddin Uno, menurut komisi pemilihan umum.

Widodo menekankan kepentingan kestabilan ekonomi dan perniagaan yang lebih mesra alam sekitar manakala Probowo memilih pendekatan lebih bersifat melindungi dengan memperjuangkan kemakmuran rakyat.

Sementara itu, lebih 245,000 calon yang disokong 16 parti politik nasional dan empat parti tempatan berentap bagi merebut lebih 20,000 kerusi dalam pilihan raya parlimen semasa pengundian sehari terbesar di dunia itu berlangsung.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS