Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengarah urusan Rajawali jawab soal hubungan Najib dan Sondakh


Sejak minggu lalu, bekas perdana menteri Najib Razak kembali menjadi perhatian, kali ini berhubung urusan dengan syarikat Indonesia Eagle High Plantation (EHP), yang didakwa PH melibatkan AS$505.4 juta (RM2.07 bilion) wang Felda berdepan risiko.

Felda sudah membayar jumlah berkenaan kepada Rajawali Capital International bagi memperoleh 37 peratus saham dalam EHP, meskipun ia dinilai pada harga AS$115.2 juta di pasaran apabila keputusan itu dibuat pada Dis 2015.

Rajawali dikaitkan dengan Peter Sondakh, yang juga dikatakan merupakan rakan rapat Najib.

Dalam satu wawancara dengan The Edge, Pengarah Urusan Rajawali Corp Satrio Tjai disoal berhubung hubungan antara Najib dan Sondakh.

"Sebagai ahli perniagaan yang berjaya, Sondakh mempunyai ramai kawan di pelbagai negara, terutamanya di Asia.

"Bagaimanapun, keterlaluan untuk mengatakan dia mempunyai pengaruh terhadap rakan atau kenalannya," katanya.

Satrio menjelaskan bahawa Sondakh mempunyai rekod melabur di Malaysia sejak ABdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri pada 2015.

"Melali syarikatnya, dia membuka banyak peluang pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia," tambahnya.

Menyifatkan Rajawali sebagai syarikat yang mempunyai reputasi yang baik selama enam dekad, Satrio berkata syarikat itu mampu memenuhi tanggungjawabnya.

Ketika membentangkan kertas putih Felda di Dewan Rakyat Rabu lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali membidas Najib yang mempertahankan urusan berkenaan atas alasan ia mempunyai syarat 'put option'.

Istilah 'put option' dalam sesebuah perjanjian merujuk kepada hak menjual saham pada harga yang ditentukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Bekas perdana menteri itu berkata, syarat ‘put option’ itu membolehkan penjualan semula kepentingan 37 peratus ekuiti itu pada harga beli asal bersama dengan caj faedah tahunan enam peratus ditanggung oleh syarikat Indonesia itu.

Bagaimanapun, Azmin berkata Felda sudah melaksanakan 'put option' berkenaan, namun tidak dapat memperoleh semula AS$505.4 juta kerana keengganan Rajawali.

Azmin juga menambah bahawa Rajawali mungkin tidak mampu membayar semula jumlah itu kerana ia hanya mempunyai aset ketara AS$7.2 juta (RM29.6 juta) pada 2014.

"Jika aset ketara Rajawali pada 2014 hanya AS$7.2 million, bagaimana ia boleh membeli semula EHP dari Felda pada harga AS$505.4 juta?" soal Azmin.

Sepupu Najib yang juga merupakan Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein turut menyatakan kebimbangan dengan pembelian saham EHP dan menggesa agar siasatan dilakukan ke atas perkara itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS