Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Yuran MJIIT tak akan berubah - UTM
Diterbitkan:  Apr 12, 2019 12:48 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjelaskan bahawa yuran Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) tidak akan berubah.

Menerusi kenyataan di Facebook pada 9 April, pihak Hal Ehwal Korporat universiti berkata MJIIT adalah sebuah entiti yang berautonomi dan tidak mendapat peruntukan operasi dari kerajaan.

“Kenyataan pelajar yang mengatakan UTM berdiam diri adalah tidak benar serta perkara yuran ini juga telah dijelaskan sebanyak dua kali kepada pelajar.

“Namun pelajar masih menuntut perkara yang sama dan pihak universiti tidak menghalang serta menerima baik memorandum daripada mereka,” katanya.

Terdahulu media melaporkan sekumpulan siswa UTM kampus Kuala Lumpur telah melakukan protes bagi menyatakan bantahan terhadap yuran semester yang didakwa dinaikkan daripada RM900 lebih kepada RM5,000 sejak empat tahun lepas.

Presiden MJIIT Voices Tan Cheng Siong, 22, berkata isu ini telah dijelaskan kepada pihak universiti namun masih tiada tindakan.

Menurut kenyataan itu, pihak UTM menolak dakwaan yang mereka berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan mengenai isu ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS