Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan sudah ada calon Ketua Hakim Negara ganti Malanjum

Kerajaan sudah mempunyai calon bagi menggantikan Ketua Hakim Negara, Ricard Malanjum, yang dijadualkan bersara esok.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaannya calon berkenaan sudah dikenalpasti, tetapi enggan menamakannya.

"Ya kita ada, kita ada (calon).

"Kita beri tahu tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, hari ini.

Malanjum dilantik memegang jawatan sebagai hakim tertinggi negara pada 11 Julai tahun lalu dan adalah ketua hakim negara pertama yang bukan dari Semenanjung Malaysia.

Beliau akan bersara kerana mencapai umur persaraan mandatori iaitu 66 tahun dan enam bulan.

Spekulasi bertiup kencang mengenai calon yang bakal menggantikannya dalam jangka masa panjang, kerana beberapa hakim kanan lain juga dijadual bersara wajib tidak lama lagi.

Mereka termasuk Hakim Besar Malaya Zaharah Ibrahim dan Presiden Mahkamah Rayuan Ahmad Ma'arop, yang masing-masing dijadualkan bersara wajib pada bulan Mei dan November.

Daripada ketiga-tiga mereka, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, David Wong Dak Wah adalah yang paling muda dan khidmatnya berakhir sehingga Februari tahun depan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS