Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad menolak gesaan pembangkang Johor supaya memilih Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai menteri besar Johor sekali lagi.

“Dia ada kerja lain.

“Kita akan letakkan seorang calon,” kata perdana menteri.

Ketua Pembangkang Johor Hasni Mohammad semalam memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan mencalonkan nama Muhyiddin ketika mengadap Sultan Johor esok.

Hasni juga berkata akan mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mengulas perkara itu, Mahathir berkata Hasni tidak tidak layak membuat tuntutan sebegitu.

“Parti menanglah pilih MB, bukan pihak yang kalah.

“Orang kalah diamlah,” katanya ketika ditemui dalam acara permotoran di Serdang, Selangor.

Kerusi menteri besar Johor setelah Osman Sapian meletakkan jawatan minggu ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS