Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Universiti Utara Malaysia (UUM) mempunyai autonomi untuk mengundang penceramah kontroversi Zakir Naik untuk bercakap di kampus mereka, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

“Saya rasa universiti yang kena jawab perkara ini. 

"Ini sebahagian daripada autonomi mereka,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Beliau ditanya berkaitan tindakan universiti itu mengundang Zakir untuk ceramahnya berkaitan peranan umat Islam sebagai golongan profesional di UUM, Khamis minggu depan.

Menurut poster itu, umat Islam dan bukan Islam diundang hadir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS