Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sila, TMJ jawab amaran Dr M
Diterbitkan:  Apr 9, 2019 7:48 PM
Dikemaskini: 11:56 AM

Tunku Mahkota Johor (TMJ) “mempersilakan” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.

“Sila,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter baginda sebentar tadi.

If i have to go down kerana menegakkan perlembagaan/constitution, raja-raja Malayu, dan Islam.

“Dengan apa-apa cara pun. Kamu tahu di mana hendak cari saya.”

Baginda menulis demikian ketika mengulang tweet Malaysiakini yang melaporkan amaran Mahathir itu.

Mahathir petang ini menegaskan tiada siapa di negara ini yang melampaui undang-undang, termasuk Tunku Ismail.

Menjawab soalan di lobi parlimen, katanya Tunku Ismail boleh memberi pandangan asalkan tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan.

Tunku Ismail juga mempertahankan tindakannya memberikan pandangan seperti rakyat biasa.

“Macam Rakyat biasa saya berhak tanya Soalan dan beri pendapat. I’m all yours. Habiskan apa yang kamu mulakan,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS