Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saksi: Tak mustahil Adib ditarik keluar dalam tempoh 5 hingga 8 saat

INKUES ADIB | Seorang bekas pensyarah forensik patologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata tidak mustahil anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar dari van EMRS dalam tempoh lima hingga lapan saat ketika rusuhan di Kuil Seafield akhir tahun lalu.

Keterangan Dr Shahrom Abd Wahid hari ini bertentangan dengan testimoni pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Shahrom yang menjadi saksi029 memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kenyatannya antara lain berdasarkan lakonan semula kejadian yang dibuat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau yang juga bekas pakar perunding kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz berkata demikian ketika ditanya peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Syazlin: Ada yang mengatakan masa terlalu singkat untuk (Adib) diheret keluar (dari van EMRS yang berada di tempat kejadian ketika rusuhan 27 November lalu).

Shahrom: Rekonstruksi (kejadian) saya menunjukkan (Adib) ditarik keluar (dari van) dan dihentak di kanan dada (oleh pintu kiri van). Lengan kanannya dihentak (pintu) kiri dan jatuh (keluar dari van). Ia hanya perlu lima hingga lapan saat kerana (van) EMRS mengundur dengan perlahan.

Syazlin: Anda pertimbang (tanggapan) Adib diheret keluar dari van yang bergerak?

Shahrom: Ya.

Syazlin: Bagaimana dengan tanggapan Adib terhumban ke kiri (dari sebelah kiri van ke jalan atau permukaan keras lain)?

Shahrom: Berdasarkan video (pertama menunjukkan lori dan van EMRS mengundur untuk mengelak dari perusuh), USJ (CCTV) lebih jelas (dalam menunjukkan rentetan peristiwa). Setelah ambil kira video pertama dan video USJ, (anggota badan Adib) tak boleh patah (di bahagian rusuk kanan depan dan rusuk kiri belakang, jika Adib tecampak dari van ketika ia mengundur).

Dalam prosiding sebelum ini, pakar forensik perubatan HKL Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata tempoh masa terlalu singkat untuk Adib ditarik keluar dari van EMRS.

Shahrom, 61, hari turut berkata rekonstruksi kejadian beliau turut menunjukkan kecederaan di dada dan belakang Allahyarham hanya boleh berlaku jika beliau terperangkap antara pintu kiri van dan tiang pintu, akibat ditarik keluar dari kenderaan oleh seorang individu semasa seorang lagi individu menendang pintu tersebut.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS