Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Timbalan menteri sahkan isteri VVIP tidak beli berlian merah jambu

PARLIMEN l Ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barangan kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Dia juga mengisytiharkan barangan berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini, demikian menurut Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah.

“Bagi kes berprofil tinggi ini, saya ingat telah dijawab oleh menteri (Lim Guan Eng) pada tahun lepas bahawa dia dibawa masuk oleh ejen. Ya, ejen dah ikrar bawa masuk, kemudian ada pengikraran benda yang sama bawa keluar.

“Jadi tidak berlaku pembelian (oleh isteri VVIP itu), sudah dibawa balik oleh ejen ini,” kata Amiruddin di Dewan Rakyat semasa ucapan perbahasannya ketika menggulung peringkat dasar Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2019.

“Tapi saya ingat sempat kita semua tengok pink diamond (berlian merah jambu) semua itu, tapi kemudiannya dia sudah dibawa balik daripada Malaysia,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Amiruddin menjawap soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang menyoal sama ada jika sebarang borang Jabatan Kastam telah diisi dan cukai atau duti kastam dibayar berhubung dengan lebih 40 unit barangan kemas yang melibatkan isteri seorang VVIP yang juga seorang ahli parlimen.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS