Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan tidak berlaku pengeluaran luar biasa oleh pendeposit dan urusan di semua cawangan TH adalah seperti biasa.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Zukri Samat menafikan khabar angin yang tular menerusi media sosial dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

"Cawangan kami melaporkan urusan seperti biasa dan dimaklumkan bahawa cawangan-cawangan kami juga menerima caruman deposit baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas akan persoalan sama ada terdapat peningkatan dalam pengeluaran berikutan pembahagian hibah yang rendah pada 1.25 peratus kepada semua pendeposit TH bagi tahun 2018.

Mengulas lanjut, Zukri berkata pihaknya akan membuat laporan polis jika ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin yang bertujuan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendeposit.

TH juga memberi jaminan wang yang didepositkan adalah selamat dan komited untuk menjana pendapatan yang mampan bagi mengoptimumkan pulangan selain fokus membantu umat Islam menyimpan dan mempersiap diri untuk urusan haji, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS