Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tok Mat: 'Dulu saya bantu kamu, sekarang masa kenang budi'

PRK RANTAU | Calon BN Mohamad Hasan menyeru pengundi pilihan raya kecil DUN kali ini supaya 'mengenang budi' yang pernah diterima mereka semasa beliau menjadi menteri besar Negeri Sembilan.

Mohamad yang lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Tok Mat berkata beliau akan memastikan kerajaan Negeri Sembilan disemak imbang sekiranya diberi peluang mewakili rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya selalu bantu kamu. Kali ini kamu bantu saya menangkan saya," katanya pada majlis ceramah umum di Bandar Ekar, Rantau, malam tadi.

Menurutnya, selepas pengundi Cameron Highlands, dan Semenyih 'menghukum' PH sekarang giliran pengundi Rantau memberi isyarat kepada pentadbiran PH.

"Lihat prestasi mereka. Satu pun janji tak dapat dilaksanakan. Mereka nak buat kereta terbang sahaja.

"Kita buat referendum untuk pastikan 13 April ini kita menyokong BN," kata Mohamad yang juga pemangku presiden Umno.

Beliau turut meminta pengundi Rantau supaya tidak mendengar kata-kata pemimpin PH.

"Jangan dengar orang kata saya tak buat apa-apa. Ini 14 tahun (berkhidmat sebagai menteri besar) dia kata saya tak (buat) apa-apa, saya tak tahu gua dari mana dia mari.

"Masalah India saya selesaikan. Isu sekolah Tamil, kuil dan tanah semua saya selesaikan

"Di sini, kuil lebih banyak daripada masjid. Lagi cakap saya rasis," jelasnya kepada hadirin yang majoritinya orang India.

Mohamad dilantik menjadi menteri besar pada Mac 2004 dan memegang jawatan itu sehinggalah BN tewas pada PRU14 lalu.

Sambil berjenaka, Mohamad turut memberitahu hadirin supaya tidak memandang muka lain selain wajahnya pada hari pengundian 13 April ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS