Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ikea tenang lepas 'huru-hara' bilik pamerannya di Batu Kawan

Ikea mengambil pendekatan tenang selepas situasi dilaporkan “huru-hara” di bilik pamerannya yang tular selepas cawangan di Batu Kawan, Pulau Pinang itu baru dibuka kira-kira dua minggu lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Ikea Asia Tenggara, Corinna Schuler dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini berkata Ikea mengharapkan supaya susun kemas dilakukan apabila Ikea membuka gedungnya.

Katanya, syarikat perabot antarabangsa yang berasal dari Sweeden itu mengalu-alukan pengunjung mencuba perabot sedia ada di bilik pamerannya.

"Ia merupakan sebahagian daripada rutin kami untuk menyusun semula dan menyediakan set bilik pada setiap hari, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkannya.

"Kami menghargai pengunjung yang bertimbang rasa, sama seperti orang lain dengan rumah baru yang cantik, tetapi secara keseluruhannya kami berbesar hati untuk melihat keghairahan yang kami alu-lakukan oleh orang ramai di Pulau Pinang dan di Utara Malaysia," katanya. 

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab soalan Malaysiakini berkaitan gambar tular keadaan tidak terurus di Ikea Batu Kawan dua minggu selepas pembukaan.

Ramai pengguna Internet menyelar sikap pengunjung yang didakwa mencerminkan “budaya Malaysia” yang tidak baik.

Salah seorang pengguna Facebook yang mengunjungi bilik pameran itu baru-baru ini memuat naik gambar bilik pameran yang dalam keadaan tidak terurus.

Antaranya merupakan set bilik tidur dengan keadaan katil yang bersepah, di mana selimut dan bantal-bantal sedia ada dalam keadaan tidak tersusun dan dicampakkan merata-rata.

Selain itu, langsir bilik mandi di salah satu bilik pameran di situ tercabut dan bergelimpangan di lantai.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS