Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
EU tolak keputusan Trump iktiraf Israel di Golan Heights

GLOBAL | Kesatuan Eropah (EU) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Golan Heights di Syria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Federica Mogherini pada Ahad.

Bercakap di sidang kemuncak ke-30 Liga Arab yang berlangsung di Tunis, Mogherini berkata keputusan AS adalah bercanggah dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menganggap Golan Heights adalah sebuah wilayah Syria yang diduduki Israel.

"EU kini berusaha mencapai satu penyelesaian politik bagi krisis itu yang selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB," katanya sambil menambah bahawa satu penyelesaian politik adalah satu-satunya jalan ke arah mencapai keamanan bagi menghentikan konflik di Syria dan memastikan kepentingan semua pihak.

Mengulas situasi di Yaman, Mogherini berkata semua pihak bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menyokong negara itu bukan sahaja dari segi bantuan kemanusiaan malah membantu ia melaksanakan Perjanjian Stockholm bagi mengeluarkan negara itu daripada krisis yang dihadapinya.

Menyentuh isu Libya, pegawai EU menegaskan bahawa adalah penting untuk memastikan perpaduan nasional Libya dan institusinya.

Sidang kemuncak itu menghimpunkan kebanyakan pemimpin negara anggota Liga Arab serta wakil PBB, EU dan Kesatuan Afrika dalam usaha mencari titik persamaan bagi menentang dasar AS terhadap Syria dan bandar suci Baitulmaqdis yang menjadi pertikaian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS